• Connect with Cikgu Suguz

about us

An expert team of BM tutors led by Cikgu Suguz offers BM tuition through seminars, crash courses, special videos and modules. Whether you want to score A+, strong credit or just pass, Cikgu Suguz’s writing techniques will help you.

Cikgu Suguz merupakan tutor Bahasa Melayu yang paling popular di YouTube. Cikgu Suguz telah memuat naik lebih 460 klip video di Youtube yang memaparkan pengajaran dan pembelajaran BM yang kreatif. Dalam setiap klip video beliau berkongsi pelbagai teknik dan pendekatan untuk membantu pelajar menangani masalah dalam BM, terutamanya dalam penulisan karangan. Setakat Disember 2019, klip-klip video beliau telah mencecah lebih 3.2 juta tontonan dan bertambah saban hari. Banyak guru BM sekolah dan tuisyen di seluruh negara mempergunakan klip-klip video beliau dalam kelas mereka...

Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pengajaran Bahasa Malaysia bagi peringkat UPSR, PT3 dan SPM serta setakat ini telah membimbing lebih 20,000 pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan BM.

Cikgu Suguz pernah diwawancara dalam TV Bernama (ASTRO 502) pada 30 Julai, 2016. Sebahagian daripada wawancara tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Cikgu Suguz. Hanya cari ‘cikgu suguz tv bernama’ di YouTube! Beliau turut diwawancara di stesen radio THR Raaga pada 29 September, 2015 tentang keunikan Teknik-teknik Suguz.

Beliau menggunakan teknik-teknik pengajaran yang kreatif, inovatif, dan menarik bagi membantu para pelajar mengatasi masalah “apa yang hendak ditulis?” dan “bagaimana hendak ditulis?” Misalnya, Teknik SKL 767 beliau telah membantu beribu-ribu pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam BM SPM (rujuk bahagian EDUCATION, The Malay Mail; 14 Oktober, 2001).

Pada tahun 1999, Cikgu Suguz pernah muncul dalam Radio Malaysia (RTM) dan mengajar Teknik One Husband, Five Wives di udara. The New Straight Times, bahagian Youth Quake turut memberi kan liputan bagi Teknik SKL 767 dan melaporkan bahawa, “his students always score A1 or A2 in BM SPM,” rujuk NST, 25 Jun, 2004.

Beliau turut mengajar pelbagai teknik lain yang unik bagi membantu pelajar. Antaranya ialah Teknik Mnemonics, M-Power, One Husband Five Wives, PEPSI, PREP, BMW9, Teknik Cakos, WOST… dan banyak lagi. Terdapat lebih 20 teknik yang setiap satunya mempunyai peranan yang spesifik dalam membantu pelajar mengatasi masalah penulisan karangan. Dengan mendalami teknik-teknik ini, pelajar-pelajar berupaya memperoleh kecemerlangan dengan mudah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu UPSR, PT3 dan SPM.

Yang lebih penting ialah beliau tidak ‘meramal soalan’ sebaliknya ‘meramal jawapan’ bagi BM UPSR, PT3 dan SPM setiap tahun!

Connect With Us

Connect With Us

successful stats about cikgu suguz youtube channel

what we have achieved so far

3204468

total view

36600

subscribers

460

videos

ibahasa video tuition

Seminar

contact us

SUGUZ FREELANCING
B-31, 3rd Floor, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

(Whatsapp/SMS for quick response)

019 6626 057

019 6626 057