autoxygensensor.comWave Full Lace human WigsOffice 2010 Programs プロダクトキー Office 2011 for MAC プロダクトキー Microsoft Exchange Server Clé

Sample e-Bahasa Module

SAMPLE MODULES WITH VIDEO LINKS

(Modul-modul yang lengkap disertakan dengan pautan video yang berkaitan –
INI HANYA CONTOH)

MODUL CONTOH – KARANGAN / RUMUSAN / TATABAHASA

Contoh Pengenalan UNiK

Isu : DASAR 1MURID 1SUKAN

Dasar 1Murid 1Sukan telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia.
Bincangkan faedah-faedah daripada dasar ini.

Demi nusa dan bangsa, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong telah melakukan yang terbaik di Sukan Olimpik London 2012. ‘Teruja’ – begitulah perasaan saya setiap kali menatap gambar jaguh-jaguh sukan negara merangkul kejuaraan antarabangsa. Pingat emas serta trofi yang dibawa pulang oleh mereka bukan sahaja menjadi lambang kebanggaan ahli keluarga mereka, malah turut menjadi simbol kemegahan kita sebagai rakyat Malaysia. Meskipun negara kita menjadi tanah air kepada kebanyakan atlet bertaraf antarabangsa namun, sedarkah kita bahawa tidak ramai generasi muda yang mengikut jejak langkah bintang-bintang internasional ini? Seperti yang kita sedia maklum, pemuda dan pemudi di negara kita lebih gemar bersosial di kompleks-kompleks beli-belah. Bagi menangani gejala ini daripada terus berleluasa di negara kita, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan. Program ini wajar diberi sambutan oleh semua pelajar di negara kita kerana membawa seribu satu maslahat.

For related video, press control & click / klik di sini sambil tekan control

comments
Category: Rumusan