autoxygensensor.comWave Full Lace human WigsOffice 2010 Programs プロダクトキー Office 2011 for MAC プロダクトキー Microsoft Exchange Server Clé

Pengenalan BM SPM & PT3 : Gejala Sosial Remaja

Isu : GEJALA SOSIAL REMAJA

Pelbagai gejala sosial dalam kalangan remaja hari ini dikatakan berpunca dari rumah.
Bincangkan fenomena ini.

012, 013, 016, atau 017? Nombor-nombor (telefon bimbit) seumpama ini menjadi sebahagian daripada identiti remaja kini. Mereka seolah-olah tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit, tanpa sms (sistem pesanan ringkas) dan media sosial di internet. Akibatnya, golongan ini terdedah pada pelbagai gejala negatif. Bayangkan, jika bilangan remaja yang terbabit dengan gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, gengsterisme, vandalisme, dan jenayah terus meningkat, apakah yang akan berlaku? Mula-mula masa depan golongan remaja sendiri akan menjadi tanda tanya. Kemudian maruah keluarga pula terjejas. Iklim persekolahan menjadi tidak kondusif. Masyarakat tidak dapat menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera, dan akhir sekali imej negara bakal tercalar. Soalnya sekarang, mengapakah golongan ini kian kehilangan pedoman dan hala tuju dalam kehidupan?

kondusif = amat sesuai
tercalar = terjejas
pedoman = pegangan (agama)
hala tuju = ‘direction’, matlamat hidup, cita-cita, wawasan, aspirasi

Teknik-teknik Cikgu Suguz untuk Bahasa Melayu SPM & PT3
Teknik PEPSI

comments
Category: Rumusan