• Connect with Cikgu Suguz

Countdown PPSR 2018

about us

An expert team of BM tutors led by Cikgu Suguz offers BM tuition through seminars, crash courses, videos and modules. Whether you want to score A+, strong credit or just pass, Cikgu Suguz’s techniques will help you.

Cikgu Suguz merupakan antara tutor Bahasa Melayu yang terulung di Lembah Kelang. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pengajaran Bahasa Malaysia bagi peringkat PMR (PT3) dan SPM dan setakat ini telah membimbing lebih 20,000 pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan BM.

Cikgu Suguz telah memuat naik lebih 200 klip video di Youtube yang memaparkan pengajaran dan pembelajaran BM yang kreatif. Dalam setiap klip video beliau berkongsi pelbagai teknik dan pendekatan untuk membantu pelajar menangani masalah dalam BM, terutamanya dalam penulisan karangan. Setakat Mei, 2015, klip-klip video beliau telah mencecah lebih 250,000 tontonan lalu menjadikan beliau antara guru BM yang paling popular di Youtube Malaysia. Sesetengah guru BM sekolah-sekolah di seluruh negara mempergunakan klip-klip video beliau dalam kelas mereka.

Beliau menggunakan teknik-teknik pengajaran yang kreatif, inovatif, dan menarik bagi membantu para pelajar mengatasi masalah “apa yang hendak ditulis?” dan “bagaimana hendak ditulis?” Misalnya, Teknik SKL 767 beliau telah membantu beribu-ribu pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam BM SPM (rujuk bahagian EDUCATION, The Malay Mail; 14 Oktober, 2001).

Pada tahun 1999, Cikgu Suguz pernah muncul dalam Radio Malaysia (RTM) dan mengajar Teknik One Husband, Five Wives di udara. The New Straight Times, bahagian Youth Quake turut memberi liputan bagi Teknik SKL 767 dan melaporkan bahawa, “his students always score A1 or A2 in BM SPM,” rujuk NST, 25 Jun, 2004.

Beliau turut mengajar pelbagai teknik lain yang unik bagi membantu pelajar. Antaranya ialah Teknik One Husband Five Wives, PEPSI, 7T, PREP, K9, IB9, S9, BMW9, RuN-5, Teknik Cakos, WOST… dan banyak lagi. Terdapat lebih 20 teknik yang setiap satunya mempunyai peranan yang spesifik dalam membantu pelajar mengatasi masalah penulisan karangan. Dengan mempelajari teknik-teknik ini, mana-mana pelajar dapat memperoleh kecemerlangan dengan mudah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu PT3 dan SPM.

Yang lebih penting ialah beliau tidak ‘meramal soalan’ sebaliknya ‘meramal jawapan’ bagi BM PT3 dan SPM setiap tahun !

Connect With Us

sucessful stats about cikgu suguz youtube channel

what we have achieved so far

1667187

total view

14091

subscribers

392

video

ibahasa video tuition

Seminar

contact us

SUGUZ FREELANCING
B-31, 3rd Floor, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

(Whatsapp/SMS for quick response)

019 6626 057

019 6626 057